Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Van dwifungsi yang diterima oleh Masjid Al Hidayah di Dalat, Mukah. Foto: Facebook N.57 Tellian

Dua masjid di Sarawak terima van dwifungsi menerusi Program Mobiliti TH

KUCHING, 18 Dis: Masjid Al Hidayah di Dalat, Mukah dan Masjid Nurul Ibadah di Kuala Baram, Miri mendapat manfaat daripada Program Mobiliti Lembaga Tabung Haji (TH) apabila menerima sumbangan van dwifungsi baru-baru ini.

TH dalam kenyataan hari ini memaklumkan van berkenaan antara 40 unit yang diperoleh mereka menerusi peruntukan RM5.4 juta di bawah program itu tahun ini untuk disumbangkan kepada institusi-institusi terpilih yang turut melibatkan surau, rumah kebajikan dan persatuan berdaftar di seluruh negara.

Pengarah Eksekutif Operasi TH Mohamed Ameen Abdul Wahab menerusi kenyataan sama berkata pihak pengurusan kedua-dua masjid itu diharap dapat memanfaatkan sumbangan berkenaan serta memastikan ia dapat memenuhi tuntutan fardu kifayah dan fardu ain.

“Kami berharap van ini akan digunakan oleh penduduk setempat di kawasan berkenaan dalam membantu memudahkan pengurusan jenazah dan aktiviti kemasyarakatan apabila diperlukan,” katanya.

Program berkenaan bermula pada 2016 dengan menyumbang kenderaan van dwifungsi kepada masjid dan surau yang boleh digunakan untuk pengurusan jenazah serta van penumpang.

Pada tahun lepas, program itu telah diperluas ke pusat tahfiz, badan dan rumah kebajikan terpilih di Sabah dan Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan