Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) Datuk Larry Sng. Foto: PBM

Dua Ahli Majlis Tertinggi PBM dikembalikan jawatan mereka dalam parti

SIBU, 18 Dis: Dua daripada 13 Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang digantung keahlian sebelum ini kini telah dikembalikan status mereka dalam parti itu.

Perkara itu telah dimaklumkan oleh Presidennya Datuk Larry Sng dalam catatan di laman sosialnya, hari ini (Ahad).

Katanya, kedua-dua ahli AMT tersebut ialah Dato’ Chua Liam Chye dan Mira Muniraa Abu Bakar yang hadir dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib parti itu pada Sabtu.

“Pada mesyuarat itu, saya telah mengadakan perbincangan yang penuh bermakna dengan dua AMT PBM tersebut yang sebelum ini digantung tugas sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Mesyuarat itu berlangsung selama satu jam setengah dan diputuskan bahawa penggantungan mereka akan ditarik balik dan jawatan mereka dikembalikan semula,” kata Ahli Parlimen Julau itu.

Sementara itu, 11 lagi ahli AMT parti (PBM) yang lain dikehendaki memberi tunjuk sebab selewat-lewatnya pada hari esok,” tegas beliau.

Ini susulan ketidakhadiran mereka dalam mesyuarat majlis tertinggi PBM yang diadakan semalam.

“Jika mereka gagal menjawab secara bertulis dalam tempoh seminggu, mereka akan berdepan dengan penyingkiran serta-merta daripada parti.

“Sekiranya mereka menjawab, saya akan mengarahkan jawatankuasa tatatertib untuk menyelesaikan status ahli terbabit sebelum hujung bulan ini,” tambah beliau.

Bekas Ahli Parlimen Ampang Datuk Zuraidah Kamaruddin, Haniza Talha dan Dr Daroyah Alwi adalah antara 13 AMT PBM yang digantung keahlian.

Pada akhir Oktober lalu, Zuraidah dan 12 lagi AMT PBM telah digantung keahliannya susulan krisis pergolakan dalam parti.

AMT yang lain digantung keahlian mereka ialah Rahimah Majid, Dr Sathiskumar Govindaraju, Muhammad Saiful Bahari Sahari, Na’im Brundage, Abdul Aziz Abdul Kadir, Zakaria Abdul Rahim, Datuk Roger Tan Seng Huat, Albakri Salim, Muniraa Abu Bakar dan Datuk Chua Lian Chye.

Penggantungan mereka, tegasnya, adalah selaras dengan Perlembagaan PBM fasal 60 (iii). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan