Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Elon Musk, Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Inc.

Twitter gantung akaun beberapa wartawan buat liputan Elon Musk

ByBernama

LOS ANGELES, 16 Dis: Beberapa wartawan yang membuat liputan mengenai Elon Musk digantung daripada Twitter pada Khamis, beberapa hari selepas satu akaun yang menjejaki keberadaan jet peribadi Musk diharamkan daripada platform itu.

Antara akaun yang digantung ialah Ryan Mac dari The New York Times, Donie O’Sullivan dari CNN, Matt Binder dari Mashable, Drew Harwell dari The Washington Post, pakar politik Keith Olbermann dan Steve Herman dari Voice of America yang dibiayai kerajaan, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Catatan terakhir Harwell sebelum akaunnya digantung ialah mengenai Twitter menamatkan akaun seorang daripada pesaingnya, Mastodon, kerana menyiarkan pautan ke versi akaun @ElonJet sendiri yang menjejaki pesawat Musk, menurut ciapan wartawan NBC News Ben Collins.

Ciapan terakhir Olbermann pula ialah meminta orang ramai menulis semula perkataan demi perkataan catatan Harwell dan memuatkan ke artikel wartawan bebas Aaron Rupar yang akaunnya juga digantung, selepas mengkritik Musk kerana “cosplay populisnya” semasa menjadi antara lelaki terkaya di dunia.

Mac menerusi akaun baharunya menulis bahawa beliau tidak diberi amaran atau penjelasan atas penggantungan akaunnya.

“Saya membuat laporan di Twitter, Elon Musk dan syarikatnya. Dan saya akan terus berbuat demikian,” tulisnya.

Collins mengesahkan dalam ciapan di akaun baharu, @MacSilenced, adalah Mac sebenar.

Sembilan atau lebih akaun yang digantung pada malam Khamis bukanlah yang pertama ditamatkan selepas ciapan mengenai Musk.

Akaun @ElonJet yang sebelum ini digantung, diaktifkan semula sekejap dan kemudiannya dikeluarkan walaupun Musk berjanji sebelum ini untuk membiarkan akaun itu.

“Komitmen saya terhadap kebebasan bersuara menjangkau sehingga tidak melarang akaun itu mengikuti pesawat saya, walaupun itu adalah risiko keselamatan peribadi secara langsung,” kata Musk dalam ciapannya 6 Nov.

Musk yang percayai kepada kebebasan bersuara secara mutlak, berjanji untuk membuat perubahan besar pada platform media sosial itu sebaik sahaja dia memuktamadkan kawalan ke atas syarikat itu.

Beliau mengkritik larangan Twitter terhadap beberapa jenis ucapan dan mempersoalkan sama ada peraturan itu menjejaskan demokrasi.

Bulan lepas, Twitter mengembalikan akaun bekas Presiden Donald Trump yang digantung pada Januari 2021 kerana peranannya dalam menghasut rusuhan ganas di Capitol AS.

Di bawah Musk, syarikat itu juga memulihkan akaun pengguna kontroversial lain, termasuk podcaster Kanada konservatif Jordan Peterson dan Wakil Republikan Marjorie Taylor Greene. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan