Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika berucap merasmikan Malam Gala Persatuan Graduan Dayak Sarawak (SDGA) ke-21. Foto: Mohamad Rafiq

Sarawak terus guna Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sebagai medium rasmi komunikasi

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 17 DIS: Sarawak akan terus mengguna pakai Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sebagai medium rasmi komunikasi, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, perkara itu turut dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah mendapati perjanjian persefahaman kerjasama Kerajaan Perpaduan Malaysia yang pada awalnya hanya menggariskan perkara 152 Perlembagaan Persekutuan iaitu Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. 

“Saya telah membetulkan agar ia tidak hanya perkara 152 sahaja, kerajaan mesti memasukkan perkara 161 dalam Perlembagaan Persekutuan untuk membenarkan Sarawak menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi.

“Perdana Menteri telah bersetuju mengenai perkara ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Malam Gala Persatuan Graduan Dayak Sarawak (SDGA) ke-21 di hotel Pullman malam tadi.

Jelas Abang Johari, Sarawak perlu bertegas dalam memastikan usaha mempertahankan hak negeri dapat dikembalikan setelah sekian lama.

Sehingga hari ini Sarawak tidak pernah meluluskan sebarang ordinan atau enakmen bagi mengehadkan atau memansuhkan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi sebagaimana yang dinyatakan dalam Artikel 161(3) Perlembagaan Persekutuan, Jawatankuasa Antara Kerajaan (ICG) dan Laporan Suruhanjaya Cobbold.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan