Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang (tengah) memukul gendang sebagai simbolik Majlis Penangguhan Samarahan Food & Cultural Festival (SFCF) 2022. Foto: TVS

Import makanan negara cecah RM55 bilion

KOTA SAMARAHAN, 17 Dis: Jumlah import makanan negara mencecah RM55 bilion berbanding eksport yang hanya berjumlah RM33 bilion pada tahun ini, kata Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang.

Beliau berkata, kebergantungan terhadap import makanan dikenal pasti menjadi antara penyebab kenaikan kadar kos sara hidup yang tinggi di negara ini.

 “Situasi ini menyebabkan berlakunya kenaikan kos sara hidup disebabkan kadar tukaran wang asing yang digunakan dalam dagangan import sumber makanan terbabit.

“Sebab itu dalam pentadbiran negara ketika ini, dalam usaha mengurangkan kos sara hidup kita cuba mempelbagaikan pendekatan untuk memastikan pengeluaran makanan dalam negara kita dapat ditingkatkan,” katanya ketika berucap di Majlis Penangguhan Samarahan Food & Cultural Festival 2022 (SFCF).

Rubiah berkata, pengajuran festival seumpama itu merupakan salah satu cara untuk melibatkan serta menarik perhatian masyarakat setempat untuk mempelbagaikan keluaran hasil-hasil pertanian bukan sahaja membabitkan pengeluaran makanan yang telah siap  tetapi juga mempertingkatkan sumber makanan tersebut pada masa akan datang.

“Usaha ini selari dengan hasrat kerajaan untuk membantu mengembang dan menjana sumber ekonomi tempatan.

“Sebab itu negara kita memfokuskan penganjuran program-program yang boleh meningkatkan pengeluaran produk makanan tempatan, disamping mempertingkatkan Kebudayaan masyarakat setempat,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan