KUALA LUMPUR, 17 Dis: Enam daripada 21 mangsa yang ditemukan meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm, Gohtong Jaya telah dikenal pasti setakat jam 7 pagi tadi.
Menurut kenyataan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), identiti mangsa dikenal pasti dengan pengecaman oleh waris atau menerusi ujian cap jari, manakala proses bedah siasat dan pengecaman mayat yang lain masih dijalankan.
Sementara itu, empat orang masih menerima rawatan di Hospital Selayang dan seorang di Hospital Kuala Lumpur manakala tiga yang menerima rawatan di Hospital Kuala Kubu Bharu dibenarkan pulang semalam.
“Sebarang maklumat terkini mengenai perkembangan mangsa bencana akan dimaklumkan dari semasa ke semasa setelah mendapat pengesahan rasmi daripada agensi yang bertanggungjawab,” menurut kenyataan itu.
Pada jam 2.42 pagi Jumaat, telah berlaku runtuhan tanah sepanjang hampir 300 meter dan setinggi 70 meter di tapak perkhemahan tersebut.
Berikut adalah senarai nama mangsa yang terkorban:
1. Lim Wei Xin (perempuan-dewasa)
2. Hong Mei Jing (perempuan-dewasa)
3. Nurul Azmani (perempuan-dewasa)
4. Lai Lee Yin (perempuan-dewasa)
5. Tong Kai (kanak-kanak lelaki – 9 tahun)
6. Lai Lee Koo (perempuan-dewasa)
Berikut adalah senarai nama mangsa yang dirawat:
Bil | Nama | Jantina | Umur | Hospital | Status |
1. | Yam Lee Yen | Perempuan | 41 | Selayang | Masih di wad |
2. | Ng Wei Lun | Perempuan | 13 | Kuala Kubu Bharu | Dibenarkan pulang 16 Dis |
3. | Mg Tan | Lelaki | 34 | Kuala Kubu Bharu | Dibenarkan pulang 16 Dis |
4. | Sandy Cheah | Perempuan | 32 | Kuala Kubu Bharu | Dibenarkan pulang 16 Dis |
5. | Tan Ei An | Lelaki | 43 | Selayang | Masih di wad |
6. | Choo Wai Lun | Perempuan | 34 | Selayang | Masih di wad |
7. | Ling Zi Zuan | Perempuan | 19 | Kuala Lumpur | Masih di wad |
8. | Loh Teng Shu | Lelaki | 44 | Selayang | Masih di wad |