Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lawatan kerja rasmi Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni ke tapak projek pembinaan bangunan Hospital Miri diiringi Datuk Sebastian Ting. Foto: TVS

Bangunan baharu Hospital Miri dijangka siap awal

MIRI, 17 Dis: Pembinaan bangunan tambahan Hospital Miri dijangka siap awal iaitu sekitar 30 hari daripada tarikh yang ditetapkan.

Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni mendedahkan blok hospital baharu 7 tingkat itu bakal menyediakan  sebanyak 328 jumlah katil tambahan di hospital berkenaan.

“Kalau kita lihat dimana isu-isu berkenaan tentang pembinaan klinik dan hospital selalunya berdepan dengan masalah lambat lebih-lebih lagi kita berdepan dengan faktor pandemik Covid-19 seperti masalah kekurangan pekerja tetapi pihak kontraktor dan juga pihak hospital Miri dapat melaksanakannya dan hospital ini dijangka akan siap mengikut jadual yang telah dirancangkan sekurang-kurangnya kita ke hadapan lebih daripada 30hari,” katanya.

Sidang media Timbalan Menteri Kesihatan selepas Lawatan Kerja Rasmi pembinaan bangunan tambahan Hospital Miri. Foto: TVS

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melakukan lawatan kerja rasminya ke tapak pembinaan Hospital Miri yang baharu di sini, hari ini.

Projek bangunan tambahan hospital Miri terbabit dijadualkan siap pada 18 Oktober 2023.

Ujarnya, projek menaik taraf klinik dan hospital daif di Sarawak kini turut dalam perancangan bagi meningkatkan taraf kualiti perkhidmatan kesihatan terutamanya di luar bandar.

“Saya dalam proses untuk mendapatkan taklimat daripada semua bahagian terutama sekali dari pihak kementerian yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara (KSU) dan saya dimaklumkan banyak klinik-klinik kita dalam keadaan sakit terutama sekali kalau kita lihat hospital Lawas dan juga hospital Petrajaya,

“Ini adalah contoh projek yang mengambil masa yang lama untuk dilaksanakan, seperti Sri Aman dan aduan dari akar umbi di Long Lapeh, Long Lama turut menjadi merupakan tumpuan khusus serta saya akan menemui Pengarah Kesihatan Sarawak dalam satu sesi libat urus secara terperinci untuk memperoleh informasi terperinci agar saya boleh membawa perkara ini kepada menteri dan juga kepada pasukan saya di KKM,” jelasnya.

Tambah Lukanisman, terdapat pelbagai cadangan daripada kakitangan yang berkhidmat di Sarawak termasuk menambah pakar kesihatan di negeri ini.

Lawatan Kerja Rasmi Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni disambut kakitangan Hospital Miri. Foto: TVS

Pada masa yang sama cadangan berkenaan katanya dapat melatih dan melahirkan pakar kesihatan dari negeri Sarawak.

Untuk rekod, sehingga ke hari ini hospital Miri mempunyai seramai 1,700 kakitangan hospital.

Dengan siapnya pembinaan hospital baharu itu nanti ia kapasiti akan meningkat kepada lebih 2,500 kakitangan manakala, penambahan sebanyak 328 jumlah katil di blok baharu hospital Miri tersebut akan menjadikan jumlah keseluruhan ialah 673 katil pesakit di seluruh unit hospital terbabit. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan