Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tanah runtuh: Tiada rekahan terbuka, Jalan B66 Batang Kali ditutup

ByLuqman Muhammad

Hulu Selangor, 16 Dis: Tiada rekahan terbuka pada permukaan (pavement) jalan bagi laluan B66 Jalan Batang Kali-Genting Hulu Selangor susulan kejadian tanah runtuh yang berlaku sekitar jam 2.43 pagi hari ini.

Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata tinjauan dan pemeriksaan visual mendapati kawasan runtuhan tersebut melibatkan sebahagian jalan negeri B66 di bawah selian Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor sepanjang lima meter.

“Jalan B66 kini telah ditutup atas arahan pihak ibu pejabat polis Hulu Selangor untuk keselamatan pengguna jalan raya.

“Orang awam boleh menggunakan laluan alternatif Jalan Batang Kali menuju ke Jalan Ulu – Yam Batu Caves – Gombak – Lebuhraya Karak – Genting Highland,” katanya menerusi satu kenyataan media, hari ini.

Kejadian tanah runtuh pada kira-kira 2.42 pagi tadi melibatkan runtuhan sepanjang hampir 300 meter (m) dan setinggi 70m.

Dalam pada itu kata Nanta, JKR dan pelbagai agensi sedang giat melaksanakan misi mencari dan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa di tempat kejadian.

“Pasukan Forensik Cawangan Kejuruteraan Cerun JKR Malaysia telah berada di lokasi bagi menjalankan siasatan lanjut,” ujarnya.

Kerja-kerja penambahbaikan akan dilaksanakan berdasarkan agihan peruntukan yang diterima.

“Kementerian Kerja Raya dan Jabatan Kerja Raya akan sentiasa prihatin keselamatan dan keselesaan pengguna jalanraya,” kata kenyataan itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan