KUALA LUMPUR, 16 Dis: Keluarga atau waris mangsa insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan di Batang Kali diminta menghubungi pegawai di Ibu Pejabat Polis Hulu Selangor untuk mendapatkan maklumat terkini.
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataan hari ini memaklumkan waris atau keluarga mangsa boleh menghubungi DSP Reduan di talian 013-8767700 atau Inspektor Azizi 019-5580496.
Tragedi yang berlaku awal pagi tadi telah meragut 19 nyawa setakat 4.40 petang manakala 14 masih hilang dan 61 lagi berjaya diselamatkan. – TVS