Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil. Foto fail: Bernama

Kementerian Komunikasi dan Digital terus fokus ‘tenteramkan’ media sosial 

KUALA LUMPUR, 16 Dis: Kerajaan akan terus menghormati hak kebebasan bersuara termasuk di media sosial namun pengguna diingatkan supaya tidak mewujudkan fitnah dan menyemai bibit kebencian sehingga mewujudkan ketidaktenteraman dalam negara.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata pelbagai berita palsu dan fitnah timbul ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan pasca pilihan raya, yang menyaksikan negara mengalami situasi Parlimen tergantung.

Beliau berkata negara kini ditadbir sebuah Kerajaan Perpaduan dan fokus pada masa ini adalah untuk bekerja dan mengemudi negara ke arah lebih baik.

“Maka sekarang setelah memegang jawatan ini, salah satu keutamaaan saya ialah mententeramkan medsos (media sosial). Hak bersuara ada, hak untuk berekspresi, hak wartawan.

“Seperti…pantaulah kerajaan. Itu moto sangat baik, tapi janganlah sampai jadi fitnah tak berasas, menanam bibit kebencian, ektremisme, saya sangat terkesan apabila PRU (lepas), kadang-kadang (hal) yang disebut agak keterlaluan…nak berpolitik, politiklah, tapi bersederhana.” katanya ketika menjadi tetamu dalam rancangan temu bual Agenda Awani: ‘Fokus Kerja, Bina Semua Keyakinan’ pada Khamis malam.

Menyentuh mengenai kebebasan media, Fahmi berkata selagi mana ia mengikut undang-undang, media bebas dan berhak melaporkan perkembangan semasa.

Beliau, bagaimanapun berkata selain memahami batas undang-undang, batas adab juga perlu diambil kira dalam melaporkan berita.

“Boleh memantau, saya lihat ada keperluan media menjalankan tugas, media ialah darjat wartawan, salah satu tiang seri demokrasi, jadi jalankanlah, tetapi tidak boleh sehingga disalah tafsir, perlekehkan agama, Institusi Diraja, kita ada hadnya,” katanya.

Menyentuh mengenai liputan internet di negara ini, Fahmi berkata langkah untuk mengadakan libat urus dengan pihak terlibat termasuk penyedia perkhidmatan supaya kosnya dapat dikurangkan bagi mengurangkan beban hidup rakyat.

“Dalam sedikit masa lagi kita harap ada berita baik berkenaan hal ini,” katanya.

Terdahulu, Fahmi berkata Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sedang mengadakan perbincangan dengan syarikat telekomunikasi bagi menurunkan harga perkhidmatan telekomunikasi di negara ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan