Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Menandatangani Permuafakatan Antara Gabungan Di Bawah Kerajaan Perpaduan di Putrajaya, hari ini. Foto: Pejabat Perdana Menteri.

Anwar komited selesaikan tuntutan MA63 Sarawak

ByLuqman Muhammad

PUTRAJAYA, 16 Dis: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan komitmennya dalam menyelesaikan tuntutan Sarawak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Komitmen itu telah dinyatakannya sendiri kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Anwar berkata hal membabitkan kewangan di Sabah serta Sarawak sedang dirangka oleh Kementerian Kewangan dan akan diserah kepada Fadillah untuk dipengerusikannya.

“Mana yang boleh dilaksanakan, saya beri tempoh satu bulan. Hal menyangkut kewangan umpamanya juga jadi isu besar di Sabah dan Sarawak, soal kuasa untuk luluskan projek dan juga pengiktirafan kepada tenaga jentera di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Permuafakatan Antara Gabungan Di Bawah Kerajaan Perpaduan di sini, hari ini.

Perdana Menteri juga berkata hal terkait dengan pindaan peraturan atau undang-undang akan mengambil lebih masa untuk dilaksanakan kerana ia melibatkan sidang Parlimen.

“Yang lain, kita tekankan soal tata kelola kerana isu ini besar dalam negara kita untuk kita kembali ke dasar membersihkan jentera kerajaan dan elak apa-apa keterlanjuran yang pernah berlaku dulu.

“Pusat perhatian kita ialah penjanaan pertumbuhan ekonomi yang harus jadi perhatian kita bukan sahaja di Semenanjung tapi bersama Sabah dan Sarawak,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan