Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali. Foto: Faitullah Morni (TVS)

Sarawak menyeru lebih ramai penyertaan wanita untuk mencapai PCDS 2030

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 15 Dis: Sarawak telah menggariskan hala tuju yang jelas dalam usaha menyediakan golongan wanita untuk menerajui masa hadapan menerusi sektor ekonomi, kata Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) itu berkata sektor berkenaan diberi perhatian ekoran ia menjadi landasan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi tempatan, dengan ketidaktentuan ekonomi global yang melanda kesan pandemik COVID-19 susulan banyak negara sedang memasuki tempoh kemelesetan yang sukar.

“Usahawan wanita kami kebanyakannya dalam kalangan pertubuhan ini. Membangunkan kuasa ekonomi mereka adalah salah satu penyelesaian terbaik untuk mencapai pertumbuhan dan kepintaran dalam negara agar seiring ekonomi global.

“Kita memerlukan lebih ramai wanita untuk berjaya. Saya tahu ramai yang terlibat dalam bidang keusahawanan dan kepimpinan tetapi peranan sebenar mereka masih belum diterokai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Keusahawanan Wanita DEWANITA DUBS 2022 di Merdeka Palace Hotel and Suites di sini, hari ini.

Menjelas lanjut, Sharifah Hasidah mendedahkan penglibatan golongan wanita kini ke arah positif iaitu berdasarkan data terkini direkodkan menerusi Daftar Perniagaan Statistik Malaysia yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), terdapat 1,266,494 Perusahaan Mikro, Kecil dan K(PKS) pada 2021 yang merangkumi 97.4 peratus daripada keseluruhan pertubuhan.

Mendukung hasrat ini, Sharifah Hasidah berkata kerajaan Sarawak telah memperoleh pencapaian cemerlang dalam meningkatkan pemerkasaan ekonomi wanita, penyertaan politik, kepimpinan dan kuasa membuat keputusan.

Katanya lagi, Sarawak telah menggariskan hala tuju yang jelas untuk negeri ini menyediakan lagi wanita, dengan penekanan kepada pembangunan bakat melalui Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030.

“PCDS 2030 adalah pelan pembangunan jangka panjang dengan aspirasi Sarawak untuk menjadi masyarakat yang berkembang maju didorong oleh data dan inovasi supaya semua orang dapat menikmati kemakmuran ekonomi, keterangkuman sosial dan persekitaran yang mampan,” jelasnya.

Oleh itu, Sharifah Hasidah memberitahu golongan wanita dialu-alukan untuk mengambil bahagian untuk menjayakan PCDS 2030.

“Saya yakin kerajaan negeri telah merangka pelan pelaksanaan yang komprehensif dan memastikan semua projek pembangunan dapat dilaksanakan dengan berkesan bagi memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Sharifah Hasidah menyatakan pelantikan Dato Sri Nancy Shukri sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat baru-baru ini, Datuk Rubiah Wang bagi Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Datuk Hanifah Taib selaku Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi di dalam barisan kabinet kerajaan perpaduan adalah contoh terbaik kepada wanita seluruh negara untuk mengorak kemajuan bukan sahaja dalam sektor perniagaan, tetapi juga memikul tanggungjawab sebagai pemimpin negara. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan