Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan, Datuk Wee Hong Seng merakam kenangan bersama sebahagian peserta selepas sidang media Perarakan Warisan Budaya Tarian Naga Singa 2022 pada hari ini. Foto: TVS

Perarakan tarian naga, singa sekitar Kuching pada Sabtu ini

KUCHING, 15 Dis: Perarakan Warisan Budaya Tarian Naga Singa 2022 bakal diadakan buat julung kalinya di Kuching pada Sabtu ini, 17 Disember.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Datuk Wee Hong Seng berkata perarakan ini akan disertai oleh sebanyak 80 kumpulan termasuk penyertaan dari luar Kuching iaitu pasukan dari Bintulu, Bau, Serian dan Sibu.

Menurutnya perarakan yang bermula pada jam 6 petang itu akan melalui laluan dari bangunan MBKS dan berakhir di Tebingan Sungai Kuching.

“Oleh kerana bandar kita adalah bandar perpaduan, sebab itu kita melihat perarakan ini akan melalui kedua-dua bahagian bandar ini iaitu dari selatan ke utara,” katanya pada sidang media Perarakan Warisan Budaya Tarian Naga Singa 2022, hari ini.

Hong Seng menyifatkan perarakan berkenaan sebagai perayaan masyarakat Sarawak yang terkenal dengan berbilang budaya memandangkan peserta perarakan juga terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang.

“Sarawak juga merupakan tempat yang terkenal dengan kepelbagaian budaya serta makanan, perayaan dan kepercayaan,” ujarya.

Turut hadir, Ketua Seksyen Kesenian Kebudayaan dan Warisan, Elena Chai, Timbalan Datuk Bandar Kuching Selatan, Hilmy Othman dan Pengerusi Persatuan Clan Ho, Annie Ho. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan