Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Aidel Lariwoo memakai topi keledar kepada salah seorang penunggang motosikal ketika pelancaran Kempen keselamatan Jalan Raya Bahagian Kota Samarahan di Gerai Penjaja Kampung Semera, Sadong Jaya. Turut kelihatan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak, Norizan Jili. Foto: TVS

Pastikan lampu belakang motosikal sentiasa berfungsi – Aidel

SADONG JAYA, 15 Dis: Penunggang motosikal dinasihatkan sentiasa memastikan lampu belakang kenderaan mereka sentiasa berfungsi dengan baik terutama ketika waktu malam.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Aidel Lariwoo berkata, pengabaian perkara itu secara tidak langsung mendedahkan penunggang serta pembonceng motosikal kepada bahaya seperti kemalangan yang boleh meragut nyawa mereka.

“Kita mahu pengguna jalan raya lebih mengutamakan aspek-aspek keselamatan dan memastikan mereka ada lampu belakang khususnya pengguna motosikal terutamanya pada waktu malam,

” ni kerana kita dapati banyak di laluan luar bandar terutamanya di bahagian Samarahan terdapat banyak motosikal yang tidak mempunyai lampu belakang dan ini sangat membahayakan mereka,” katanya

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya itu berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Kempen Keselamatan Jalan Raya Bahagian Kota Samarahan di Gerai Penjaja Kampung Semera di sini, hari ini.

Menurut Aidel, terdapat peningkatan jumlah kemalangan yang ketara berlaku pada setiap tahun melibatkan bahagian Kota Samarahan khususnya di sepanjang laluan Asajaya dan Sadong Jaya.

Katanya, peningkatan jumlah kenderaan yang menggunakan laluan jalan persisir dikenal pasti menjadi antara penyumbang kepada peningkatan kes kemalangan khususnya sepanjang laluan tersebut.

Justeru beliau menasihati orang ramai untuk sentiasa memastikan setiap aspek-aspek keselamatan jalan raya sentiasa di ambil berat dan dipatuhi sekali gus membantu mengurang statistik kadar kemalangan jalan raya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan