Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Dato Sri Tiong King Sing di Wisma Bapa Malaysia, Kuching, hari ini. Foto: Jabatan Penerangan Malaysia

MOTAC eratkan kerjasama dengan Kerajaan Sarawak, pacu pembangunan industri pelancongan

ByMuqri Aziz

KUCHING, 15 Dis: Kerjasama antara Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan Kerajaan Sarawak akan dipertingkatkan bagi memacu pembangunan industri pelancongan.

Menterinya, Dato Sri Tiong King Sing berkata kaedah untuk memajukan sektor pelancongan antara topik yang dibincangkan bersama Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerusi kunjungan hormatnya di sini, hari ini.

“Pada masa sama, saya akan bertemu dengan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah untuk berbincang mengenai kerjasama antara kementerian Negeri dan Persekutuan bagi membangunkan industri Pelancongan,” katanya ketika ditemui media.

King Sing berkata, Abdul Karim akan membuat kunjungan hormat di pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya di Kuala Lumpur sebaik sahaja pulang daripada bercuti. 

Kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak di Wisma Bapa Malaysia merupakan yang pertama dilakukan oleh King Sing setelah dilantik sebagai Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim di bawah Kerajaan Perpaduan.

Beliau berterima kasih kepada Premier Sarawak kerana diberi kepercayaan dilantik sebagai menteri di peringkat Persekutuan.

Pada 3 Disember lalu, beliau yang juga Ahli Parlimen Bintulu itu mengangkat sumpah dan menerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 3 Disember lepas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan