Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada majlis Anugerah Alam Sekitar Premier Sarawak di Kuching pada Rabu malam.

Inovasikan enap cemar minyak kelapa sawit sebagai komponen panel solar 

ByDouglas Elliot

KUCHING, 15 Dis: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menggesa pengusaha industri kelapa sawit untuk menyahut cabaran bagi menginovasikan enap cemar minyak kelapa sawit sebagai komponen dalam panel solar. 

Ujarnya, enap cemar minyak kelapa sawit mempunyai nilai tersendiri dan boleh digunakan sebagai bahan penting bagi menyaluti filem panel solar. 

“Enap cemar minyak sawit boleh digunakan semula dalam penghasilan tenaga dan tenaga yang dijana itu boleh digunakan oleh pelbagai industri termasuk industri minyak kelapa sawit itu sendiri dan seterusnya industri minyak kelapa sawit akan menghasilkan produk enap cemar.

“Inilah yang kita namakan sebagai ekonomi kitaran,” katanya ketika berucap pada Anugerah Alam Sekitar Premier Sarawak ke-10 pada Rabu malam. 

Menurutnya, enap cemar minyak kelapa sawit merupakan teknologi baharu bagi melindungi filem panel solar.

“Saya harap industri minyak kelapa sawit akan meneliti perkara ini kerana ini akan membuatkan minyak kelapa sawit kita diiktiraf,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan