Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain kebangsaan Mohamad Faisal Abdul Halim membuat cubaan ke gawang gol pasukan Maldives pada aksi perlawanan persahabatan antarabangsa antara Malaysia dan Maldives di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras pada Rabu malam. Foto: Bernama

Harimau Malaya teruskan rentak, benam Maldives 3-0

ByBernama

KUALA LUMPUR, 15 Dis: Malaysia meneruskan rentak kemenangan aksi pemanas badan menjelang saingan Piala AFF 2022, apabila membenam Maldives 3-0 pada aksi Persahabatan Antarabangsa Tier 1 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras pada Rabu malam.

Ketua jurulatih Kim Pan Gon melakukan rombakan besar terhadap kesebelasan utama dengan hanya mengekalkan empat pemain ketika membelasah Kemboja 4-0 pada aksi pemanas badan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jumaat lepas.

Malaysia sudah mula mengasak benteng Maldives seawal wisel permulaan, tetapi peluang terbaik dicipta pada minit ke-11 menerusi Darren Lok hasil lorongan Brendan Gan, yang telah dipatahkan oleh penjaga gawang Hussain Shareef.

Selepas serangan bertali arus, skuad Harimau Malaya berjaya memecahkan kebuntuan pada minit ke-24 menerusi Darren, apabila barisan pertahanan Maldives sedikit leka tanpa mengawal penyerang itu, yang menyudahkan hantaran kapten Muhammad Safawi Rasid.

Skuad Harimau Malaya yang menduduki ranking ke-146 dunia, kemudian mendapat peluang untuk menggandakan jaringan apabila pengadil Sivakorn Pu-Udom menghadiahkan sepakan percuma berdekatan kotak penalti ke atas kekasaran pemain Maldives, namun percubaan Muhammad Safawi sedikit melewati palang gol.

Bersambung babak kedua, Malaysia berjaya meningkatkan jurang menerusi jaringan Muhammad Faisal Abdul Halim pada minit ke-64, apabila pemain tengah itu berjaya melakukan larian solo untuk menewaskan Hussain di hadapan lebih 6,000 penyokong.

Jaringan itu jelas menyemarakkan semangat Muhammad Faisal, yang dikenali sebagai Mickey, apabila beliau berjaya mencipta dua percubaan menerusi gerakan tangkasnya, namun tandukan pada minit ke-68 tersasar, manakala rembatan tiga minit kemudian diselamatkan penjaga gol.

Pemain naturalisasi negara Lee Tuck, yang dibawa masuk menggantikan Muhammad Safawi, menggegarkan palang menerusi tandukan deras pada minit ke-85, sebelum melengkapkan gol ketiga skuad negara hasil hantaran Muhammad Azam Azmi Murad tiga minit kemudian.

Pan Gon dijangka mengumumkan skuad 23 pemain daripada senarai 28 sedia ada untuk menghadapi Piala AFF dalam masa terdekat.

Harimau Malaya akan memulakan kempen Kumpulan B mereka di Piala AFF dengan ke Yangon bagi bertemu Myanmar pada 21 Dis, diikuti perlawanan menentang Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil (24 Dis), Vietnam di Hanoi (27 Dis) dan Singapura di Bukit Jalil (3 Jan). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan