Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Antara dadah yang dirampas dalam satu serbuan di sebuah rumah di Sibu pada Khamis. Foto: TVS

Dua beranak ditahan bersama dadah bernilai lebih RM171,000

SIBU, 15 Dis: Dua beranak ditahan bersama dadah bernilai RM171,270 dalam satu serbuan di sebuah rumah di Jalan keranji di sini pada Khamis.

Kedua-dua suspek merupakan seorang wanita berumur 53 tahun dan anak lelakinya berusia 28 tahun ditahan oleh sepasukan polis narkotik kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili dalam satu kenyataan hari ini berkata, tangkapan dibuat pada jam 5.30 petang.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan di dalam rumah berkenaan telah menemukan 99 paket plastik berisi dadah jenis ekstasi dengan anggaran berat 3,240 gram bernilai RM171,000 dan 18 biji pil warna merah jambu disyaki pil jenis sama seberat 5.60 gram bernilai RM270,” katanya.

Kedua-dua suspek merupakan warga tempatan dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Menurut Zulkipli, ujian urin mendapati suspek berusia 28 tahun positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine manakala wanita berkenaan negatif dadah.

Katanya, suspek lelaki dtahan reman selama tujuh hari bermula Khamis manakala ibunya direman tiga hari bagi membantu siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1) akta yang sama.

Jelasnya, jika disabitkan kesalahan, Seksyen 39B ADB 1952 memperuntukkan hukuman mandatori gantung sampai mati manakala Seksyen 15(1)(a) boleh didenda tidak lebih RM5,000 dan penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali serta pengawasan selama dua tahun di bawah Seksyen 38B Akta Dadah Berbahaya 1952. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan