Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Naib Canselor Unimas Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi (dua kanan) dan Pengarah Urusan H2 Energy Sdn Bhd Muhammad Hatta Sukarni (dua kiri) menunjukkan dokumen MoU di Kota Samarahan, hari ini. Turut kelihatan, Pengerusi Lembaga Pengarah Unimas Tan Sri Sulong Matjeraie dan Pengerusi Kumpulan H2 Energy Sdn Bhd Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin Foto: TVS

UNIMAS dan H2 Energy teroka aspek kecekapan penjanaan tenaga boleh diperbaharui

KOTA SAMARAHAN, 14 Dis: Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) menjalin kerjasama dengan H2 Energy Sdn Bhd bagi meneroka aspek kecekapan dan penjanaan tenaga boleh diperbaharui dan lestari.

Naib Canselor Unimas, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata, kerjasama tersebut merupakan penglibatan proaktif pihak akademik dan industri untuk menyokong dasar negara dalam penerokaan sumber tenaga boleh diperbaharui.

Katanya, kerjasama terbabit juga turut membantu dalam memperkukuhkan keupayaan penyelidikan menerusi kerjasama strategik yang mampan dengan pihak industri.

“Unimas percaya bahawa kerjasama strategik seperti ini akan memanfatkan kita dalam pelbagai cara termasuk memperkasakan keupayaan penyelidikan dan memperluaskan pengetahuan kita dalam teknologi serta pembangunan berkaitan hidrogen,” katanya ketika berucap pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Unimas dan H2 Energy Sdn Bhd di sini, hari ini.

MoU itu ditandatangani Kadim dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi, Unimas Profesor Dr Wan Hashim Wan Ibrahim bagi pihak Unimas manakala H2 Energy Sdn Bhd diwakili pengarah urusannya, Muhammad Hatta Sukarni dan pengarahnya, Sandra Liz Hon Ai Ling.

Beliau berkata hidrogen menjadi kunci kepada sumber tenaga masa hadapan yang lestari walaupun kos untuk menghasilkannya sedikit tinggi ketika ini.

Bagaimanapun beliau optimis kos tersebut dapat dikurangkan dengan penemuan teknologi pengeluaran yang cekap pada masa hadapan.

“Geran penyelidikan daripada industri boleh menggalakkan lebih banyak aktiviti penyelidikan untuk meneroka pembangunan selanjutnya bagi menghasilkan penjanaan elektrik dan hidrogen yang cekap bagi menyediakan bekalan tenaga bersih,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan