Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mesyuarat Kabinet Kerajaan Perpaduan: Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL). Foto Fath Rizal (Prime Minister’s Office of Malaysia).

Tarif elektrik pengguna domestik tidak dinaikkan – Anwar

ByLuqman Muhammad

PUTRAJAYA, 14 Dis: Kerajaan tidak berhasrat untuk meneruskan cadangan awal kenaikan tarif elektrik bagi pengguna domestik kerana ia disifatkan sebagai bebanan kepada rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akui keprihatinan kerajaan itu juga akan memberi kesan kepada kewangan negara mencanak tinggi sehingga RM30 Bilion dalam tempoh satu tahun.

“Maka Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad akan membuat pengumuman supaya hanya dikenakan terhadap syarikat-syarikat multinasional yang ekport kerana tarif terlalu rendah buat mereka.

“Dan subsidi itu tidak harus diberikan kepada syarikat-syarikat gergasi yang meraih keuntungan yang tinggi,” katanya.

Anwar berkata demikian pada sidang media Pasca Mesyuarat Kabinet Kerajaan Perpaduan: Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) di sini, hari ini.

Menurut beliau lagi ia tidak akan dikenakan kepada rakyat, Perniagaan Kecil dan Sederhana (SME), Industri Kecil dan Sederhana (IKS) termasuk syarikat pertanian serta pengeluar makanan.

“Rakyat tidak langsung dikenakan berhubung cadangan kerajaan untuk menaikkan tarif elektrik,” tegas Anwar. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan