Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Paulus Palu Ngumbang menyerahkan sumbangan Krismas kepada para penerima. Foto: TVS

Projek pembangunan di Batu Danau diteruskan tahun depan melalui NRDA

ByYazid Ibrahim

LIMBANG, 14 Dis: Pelbagai projek pembangunan di bawah Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri akan diteruskan di konstituensi Batu Danau tahun hadapan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Paulus Palu Gumbang berkata, sejumlah peruntukan dibelanjakan Kerajaan Negeri untuk melaksana projek pembangunan melalui Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) di kawasannya membabitkan Bekalan Air Luar Bandar (BALB), Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB), pembinaan jalan raya dan kemudahan lain.

Beliau berkata, empat projek BALB membabitkan penyambungan bekalan air dari simpang Pengkalan Madang ke Ukong, Simpang Ukong ke Tanah Merah, daripada Medamit ke Pulau Brunei dan dari Simpang Semena Ke Kuala Mendalam.

Paulus Palu Ngumbang bergambar bersama tetamu dan penerima. Foto: TVS

“Banyak projek telah dirancang bukan saja di bawah Kerajaan Persekutuan, malahan juga Kerajaan Negeri melalui NRDA merangkumi projek BALB dan jalan raya,” katanya pada Majlis Penyerahan Sumbangan Sosial Korporat (CSR) Lee Ling Timber Sempena Hari Natal di Dewan Bunga Raya hari ini.

Hadir sama ialah Pengurus Syarikat Lee Ling Timber Sdn Bhd, Kenneth Chieng Siong Woo.

Kata beliau lagi, turut dilaksanakan tahun depan adalah pembinaan jalan raya luar bandar yang mengambil masa pembinaannya dan menggunakan peruntukan besar.

“Satu lagi projek yang kita harap akan dapat dilaksanakan tahun hadapan ialah jalan daripada Medamit ke Rumah Aling Pulau Brunei kerana ia merupakan sebahagian daripada jalan yang tidak melalui Brunei Darussalam, sebahagian Sarawak Sabah Link Road (SSLR) kita berharap ia dapat dilaksanakan tahun depan,” ujarnya lagi.

Beliau memuji usaha murni pihak Lee Ling Timber yang sentiasa proaktif melaksanakan program CSR untuk penduduk luar bandar membabitkan kaum Penan, Kelabit dan kaum Iban di luar bandar.

Program CSR sempena Krismas itu katanya, mampu memberi sinar keceriaan kepada kaum Penan, Kelabit dan Iban untuk merayakan sambutan Krismas selain meringankan beban mereka.

Sumbangan keseluruhan berjumlah RM138,000 diagihkan membabitkan 29 kawasan Kelabit, Penan dan Iban pada majlis itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan