QATAR, 14 Dis: Walaupun memuji pasukan Maghribi mencipta sejarah satu-satunya pasukan mewakili negara Arab dan wilayah Afrika di pentas separuh akhir, namun Perancis bersedia untuk menumbangkan Maghribi untuk menempah tiket ke pentas final.
Biarpun Perancis tumpas di tangan Tunisia dengan kekalahan tipis 1–0 pada peringkat kumpulan, ia tdak mematahkan semangat mereka untuk kekal cemerlang dalam edisi Piala Dunia 2022 Qatar.
Ketua Jurulatih Perancis Didier Deschamps berkata anak-anak buahnya kini telah bersedia untuk bermain dan juga persekitran permainan yang dijangka penyokong-penyokong Maghribi akan membuat sorakan yang bergema di stadium.
“Mereka mendapat manfaat daripada sokongan yang besar dan saya serta pemerhati saya tahu bahawa suasana di stadium nanti menjadi sangat bising.
“Saya rasa baik untuk mereka dan kami sudah bersedia dari segi permainan dan pada masa yang sama, kami juga perlu bersedia dari segi persekitaran suasana permainan juga,” katanya dalam sidang akhbar pada Selasa.
Perancis akan bertemu dengan Maghribi di Stadium Al Bayt jam 3:00 pagi ini waktu Malaysia.
Pentas Piala Dunia Qatar bakal menyaksikan perlawanan sulung di antara Perancis dan Maghribi di pentas berprestij seperti ini kerana kali terakhir kedua-dua kumpulan bertemu ketika perlawanan persahabatan sahaja pada 2007 yang berakhir dengan keputusan seri 2-2. – TVS