KUCHING, 14 Dis: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di Twitter pada hari ini, menerima kunjungan hormat Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing menyuarakan hasrat untuk membincangkan hubungan dua hala bagi kedua-dua negara tersebut.
Beliau berkata, dalam perbincangan itu, Malaysia dan China bertekad untuk terus memperkukuhkan hubungan baik yang sedia terjalin demi kemaslahatan dan kesejahteraan rakyat.
“Malaysia dan China bertekad untuk terus memperkukuhkan hubungan baik yang sedia terjalin demi kemaslahatan dan kesejahteraan rakyat serta kepentingan bersama.” tambahnya.
Tambahnya lagi, dengan kerjasama itu, ia dapat menarik pelaburan sekali gus memperkukuhkan hubungan perdagangan.
“Semasa pertemuan tersebut, kami telah mengadakan perbincangan mengenai kerjasama dua hala, terutamanya bagi menarik pelaburan dan memperkukuhkan hubungan perdagangan serta meningkatkan hubungan sesama rakyat,” katanya. -TVS