Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto: TVS

Kerani wanita rugi lebih RM152,000 diperdaya sindiket ‘Love Scam’

SIBU, 14 Dis: Seorang wanita tempatan berusia 44 tahun bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta di sini, kerugian lebih RM152,050 selepas diperdaya seorang jejaka idamannya yang dikenali melalui applikasi Facebook sejak awal September lalu.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada mangsa semalam.

Katanya, suspek telah menghubungi mangsa menggunakan applikasi Whatsapp pada 8 Oktober lalu untuk memaklumkan bahawa dirinya telah ditahan oleh pihak Imigresen KLIA atas kesalahannya membawa wang tunai dalam mata wang Sterling (United Kingdom) dalam kuantiti yang banyak.

“Suspek berjaya mendapat simpati mangsa dengan menipu kononnya meminta pertolongan daripada mangsa untuk membuat pembayaran bagi tujuan membebaskan suspek daripada tahanan pihak Imigresen,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa yang percaya kepada suspek, telah membuat sebanyak 27 kali transaksi pembayaran ke dalam dua akaun yang berbeza secara berperingkat sejak 10 Oktober sehingga 5 Disember tahun ini.

Menurut Zulkipli, mangsa mula menyedari dirinya tertipu setelah membuat pembayaran keseluruhan sebanyak RM152, 050 kemudian memaklumkan kepada rakannya dan membuat laporan polis.

Katanya, satu kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Dalam masa yang sama, Zulkipli menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan sindiket ‘love scam’. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan