PUTRAJAYA, 14 Dis: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta peguam negara untuk memberi penjelasan berhubung kontroversi tuntutan Batu Putih yang telah dipindahkan ke Singapura oleh Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC).
Menurutnya, ini bagi memastikan tidak ada perkara berbangkit dari sudut hubungan kedua-dua negara yang disifatkan sebagai ‘sahabat’ itu.
“Beberapa kesan sampingan juga kita minta pihak peguam negara untuk meneliti semula dan dikaji supaya ada rundingan yang lebih bermakna dan segera dengan Singapura,” katanya.
Anwar berkata demikian pada sidang media Pasca Mesyuarat Kabinet Kerajaan Perpaduan:
Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) di sini, hari ini. – TVS