Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato' Mohd Azman berucap pada Majlis Perasmian Program Community Policing di Rumah Francis Sekarok. Foto: IPD Lubok Antu

IPD Lubok Antu anjur ‘Community Policing’

LUBOK ANTU, 14 Dis: Program ‘Community Policing’ anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu diadakan di Rumah Francis Skarok di sini, bertemakan ‘Keselamatan Komuniti Tanggungjawab Bersama’.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak (CP) Dato’ Mohd Azman Ahmad Sapri ketika mengadakan lawatan kerja pada Isnin.

Dato’ Mohd Azman memotong riben merasmikan pembukaan pejabat Jabatan Siasatan Jenayah IPD Lubok Antu yang baharu siap dibaik pulih. Foto: IPD Lubok Antu.

Ketua Polis Daerah Lubok Antu, Deputi Superintendan (DSP) Victor Ripon berkata, majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengerusi Perkep Kontinjen Sarawak, Datin Nassariah Mohd Nassir serta ketua-ketua jabatan dan wakil dari IPK Sarawak.

“Program ini merupakan anjuran IPD Lubok Antu bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat setempat mengenai pentingnya pencegahan jenayah dan tanggungjawab bersama dalam membendung kejadian jenayah,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Secara keseluruhan kira-kira 150 orang penduduk dari sekitar Rumah Panjang (Rh.) Francis Sekarok hadir untuk menjayakan program tersebut.

Katanya, sejurus sahaja selesai merasmikan program komuniti policing tersebut Dato’ Mohd Azman serta rombongan seterusnya membuat lawatan rasmi ke IPD Lubok Antu bagi merasmikan pembukaan pejabat Jabatan Siasatan Jenayah yang baharu selesai diperbaiki.

“Dalam lawatan kerja ke IPD Lubok Antu pula, Dato’ Mohd Azman sempat melihat dan memantau tahap kerja-kerja pembaikan yang telah selesai dibaiki bagi memastikan keselesaan kepada pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah IPD Lubok Antu dalam menjalankan tugas rutin mereka,” katanya

Katanya lagi, Dato’ Mohd Azman turut meluangkan masa melawat Balai Polis Skrang sebelum menghadiri program minum teh (hi-tea) di Kem Malindo, Lubok Antu anjuran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara kerjasama pihak ATM dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM). -TVS

Dato’ Mohd Azman bergambar kenangan bersama penduduk rumah panjang di Rumah Francis Sekarok, Lubok Antu. Foto: IPD Lubok Antu.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan