Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Majlis Daerah Sarikei giat melaksanakan kempen pencegahan rabies di Sarikei. Foto: TVS

Dapatkan suntikan anti Rabies segera

SARIKEI, 14 Dis: Pemilik haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing diingatkan supaya mengambil berat pengambilan suntikan anti Rabies berikutan penularan wabak itu di Sarawak sejak kebelakangan ini.

Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Sarikei (MDS), Kaunselor Misiah Abu Seman, berkata walaupun Sarikei setakat ini, belum mencatatkan kes serius berkaitan rabies namun, ia bukan bermakna kepada pemilik haiwan memandang ringan peringatan tersebut.

Pada masa yang sama, beliau menggesa orang ramai yang memelihara kucing atau anjing supaya menjaga haiwan itu dengan baik kerana berpotensi sebagai pembawa virus, jika bergaul haiwan liar yang sudah dijangkiti.

“Bahagian Kesihatan MDS sentiasa melakukan pemantauan dari semasa ke semasa sebagai langkah pencegahan. Sehubungan itu, saya menggesa orang ramai mendapatkan imunisasi segera untuk haiwan peliharaan masing-masing,” katanya ketika ditemui media pada Selasa.

Beliau menegaskan, MDS juga akan terus bekerjasama dengan agensi lain bagi memastikan langkah pencegahan dan kawalan jangkitan virus rabies dapat dilaksanakan secara lebih menyeluruh.

Bagaimanapun katanya, kejayaan mengawal dan mencegah jangkitan wabak itu tidak hanya terletak di bahu pihak berkuasa sebaliknya, turut bergantung pada komitmen dan sokongan segenap lapisan masyarakat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan