Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian bersama Pengarah JBPM Negeri Sarawak Datu Khirudin Drahman ketika melancarkan Pusat Pembelajaran Komuniti di Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang, Kuching, hari ini. Foto: Muqri Aziz (TVS)

Bomba siap sedia hadapi musim Monsun Timur Laut di Sarawak

ByMuqri Aziz

KUCHING, 14 Dis: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak telah melakukan persiapan bagi menghadapi kemungkinan banjir sepanjang musim Monsun Timur Laut di Sarawak.

Sehubungan itu, Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak telah meletakkan anggotanya dalam keadaan sentiasa bersedia.

“Segala persiapan yang dirancang oleh pihak bomba sangat rapi dan bersedia untuk digerakkan. Kita juga menerima bantuan daripada pelbagai agensi terutamanya polis untuk sama-sama membantu menghadapi Monsun Timur Laut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan pelancaran Pusat Pembelajaran Komuniti (CLC) di Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang di sini, hari ini.

Dr Sim turut berterima kasih kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak kerana sudah bersedia menghadapi cuaca yang tidak menentu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan