Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bersama Professor Dr Chin Kin Fah, Professor Dr John Chan Kok Meng, Mr Pala Rajesh dan Geoff Tsang. Foto: Awang Azmil (TVS)

98 peratus kes pembedahan elektif tertangguh telah diselesaikan

ByAmirah Shawel

KUCHING, 14 Dis: Direkodkan 98 peratus daripada 57, 355 kes pembedahan elektif yang tertangguh akibat pandemik COVID-19 telah diselesaikan setakat 30 November 2022.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata inisiatif-inisiatif yang diimplementasikan bagi mengurangkan kes yang tertangguh adalah termasuk berkolaborasi dengan pelbagai pihak.

Menurutnya, pihaknya telah bekerjasama dengan Hospital Universiti, Hospital Angkatan Tentera, Hospital Swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Kelab Rotary untuk melaksanakan kes berkaitan.

“Lanjutan waktu bagi pembedahan terbuka dan inisiatif pembedahan secara besar-besaran telah dilaksanakan bagi mengurangkan kes tertunggak,” katanya berucap pada Majlis Perasmian Persidangan Academy for Silent Mentor (AFSM) Tripartite 2022 di sini, hari ini.

Beliau mendedahkan lagi sekitar 93.8 peratus daripada kes tertangguh adalah melibatkan pembedahan.

Dalam pada itu, tambahnya antara usaha penting lain yang juga dilaksanakan untuk mengurangkan kes elektif tertunggak ialah Inisiatif Pembedahan Massa Urologi di Hospital Selayang, Karnival Pembedahan Massa dan inisiatif Pembedahan Sumbing Hospital Tawau.

Walau bagaimanapun, katanya kes pembedahan daripada disiplin tertentu seperti pembedahan jantung dan pediatrik perlu menunggu lebih lama.

Jelas beliau ini disebabkan oleh kekangan dari segi bilangan pakar bedah, jururawat dan paramedik yang terhad untuk mengadakan pembedahan terbuka.

“Kebanyakan kes dalam senarai menunggu bagi Pembedahan Pediatrik adalah kes hipospadia,” ujarnya.

Terdahulu Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah merasmikan Persidangan AFSM Tripartite 2022 di BCCK hari ini.

Persidangan kesihatan berkenaan dianjurkan oleh AFSM bersama The Royal College of Surgeons of Edinburgh, The College of Surgeons Academy of Medicine of Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia. -TVS

Berita Berkaitan

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan