Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri Singapura yang juga Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi Heng Swee Keat. Foto: Facebook Heng Swee Keat.

TPM Singapura utus ucapan tahniah kepada Fadillah Yusof

ByBernama

SINGAPURA, 13 Dis: Timbalan Perdana Menteri Singapura yang juga Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi Heng Swee Keat hari ini mengucapkan tahniah kepada rakan sejawatannya dari Malaysia Dato Sri Fadillah Yusof atas pelantikannya dalam Kabinet kerajaan baru-baru ini.

“Menyampaikan ucapan tahniah kepada Dato Sri Fadillah Yusof menerusi perbualan telefon hari ini, atas pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Perladangan dan Komoditi, ini amat penting kerana Dato Sri Fadillah ialah Timbalan Perdana Menteri pertama dari Malaysia Timur,” tulisnya dalam laman Facebooknya.

Heng berkata, kedua-dua mereka menegaskan semula pentingnya hubungan dua hala antara kedua-dua negara, selain berbincang tentang cara untuk meningkatkan lagi kerjasama, termasuk dengan Sabah dan Sarawak.

“Banyak yang boleh kita lakukan bersama dalam bidang seperti ekonomi digital, tenaga hijau dan pertanian,” katanya yang juga mendoakan semoga Fadillah berjaya dalam tugas baharunya.

Fadillah, 60, Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) telah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Petra Jaya sejak 2004.

PBB ialah parti komponen di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang merupakan sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Majlis angkat sumpah Jemaah Menteri berlangsung pada 3 Disember lalu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan