Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Persekutuan Pelancongan Sarawak Audry Wan Ullok pada sidang media Rumah Terbuka Krismas STF 2022 di Kuching pada Isnin. Foto TVS.

Rumah Terbuka Krismas STF pada Sabtu ini

KUCHING, 13 Dis: Persekutuan Pelancongan Sarawak (STF) akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka Krismas STF di Bangunan Mahkamah Lama di sini pada 17 Disember 2022.

Presiden STF Audry Wan Ulok berkata, majlis ‘Celebration of Life: Reflections in Gratitude’ itu terbuka kepada orang ramai serta pengunjung antarabangsa.

“Rumah Terbuka ini mengalu-alukan kehadiran semua tanpa mengira kaum dan agama untuk merasai sambutan perayaan Krismas bercirikan keunikan tradisi dan budaya di Sarawak,” katanya pada sidang media di sini pada Isnin.

Rumah Terbuka ini memilih ‘Tema Nasi: Beras untuk Acara’ sebagai fokus utama pemilihan makanan.

“Ini kerana ia bukan sekadar tanaman paling penting dalam penyediaan makanan, malah membentuk budaya, diet dan ekonomi untuk ribuan juta manusia,” katanya.

Sembilan gerai makanan dan minuman menyajikan hidangan masyarakat Melayu, Melanau, Dayak, India dan Cina.

“Pihak penganjur merasakan bahawa kumpulan etnik yang berbeza di Sarawak dengan menu warisan yang pelbagai dan unik sudah pasti perpaduan dalam kepelbagaian mampu menyumbang nilai warisan tidak ketara yang berharga terutamanya kepada generasi baharu,” katanya.

Ini merupakan kali ketujuh STF mengadakan Rumah Terbuka Krismas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

ByNur Suhaida Muliyono-