Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Dr Jerip Susil berucap merasmikan Mini Lab N19 Mambong for Greater Kuching Coordinated Development Agency di Kuching, hari ini. Foto: TVS.

Mini Lab N19 Mambong bincang projek dan program pembangunan

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 13 Dis: Penganjuran Mini Lab N19 Mambong for Greater Kuching Coordinated Development Agency (GKCDA) bermatlamat untuk memacu pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mambong.

Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Dr Jerip Susil berkata, makmal tersebut memberi peluang kepada para peserta untuk memberi cadangan projek dan program yang sesuai dilaksanakan untuk manfaat rakyat di DUN Mambong.

“Makmal mini ini juga merupakan satu langkah persediaan sebelum membentangkan projek dan program yang dicadang dalam makmal utama yang dijangka dianjurkan pada Januari 2023,” kata Dr Jerip yang juga Ahli DUN Mambong.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan makmal mini itu di sini, hari ini.

Menurutnya, projek dan program pembangunan yang dipilih menerusi makmal utama itu akan dibentangkan kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk mendapat kelulusan.

Seramai 100 orang peserta daripada pelbagai kementerian Persekutuan dan Negeri, agensi-agensi, badan-badan bukan kerajaan (NGO) serta ketua-ketua masyarakat terlibat dalam program selama dua hari itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan