Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki yang dilaporkan terjun ke dalam Sungai Kedah bagi mengelak ditahan polis kira-kira jam 1 tengah hari tadi ditemukan lemas. Foto: Bernama.

Lelaki terjun Sungai Kedah ditemukan lemas

ByBernama

ALOR SETAR, 13 Dis: Seorang lelaki yang dilaporkan terjun ke dalam Sungai Kedah, di sini bagi mengelak ditahan polis kira-kira jam 1 tengah hari tadi ditemukan lemas di sungai berkenaan petang ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon berkata, mayat lelaki berusia 45 tahun itu ditemukan pada jam 3.34 petang hasil operasi mencari dan menyelamat yang dijalankan.

Beliau berkata, mayat ditemukan kira-kira 44 meter dari tebing sungai sedalam satu meter.

“Maklumat awal yang diterima melalui Pusat Gerakan Operasi (PGO) pada jam 1.07 tengah hari, terdapat dua lelaki dikhuatiri lemas di sungai namun seorang daripada lelaki itu berjaya diselamatkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Sayani, anggota Bomba menggunakan bot penyelamat dan pencangkuk besi untuk mencari dan menyelamat.

Katanya, kematian lelaki itu disahkan petugas Kementerian Kesihatan dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, mangsa dipercayai seorang daripada tiga individu disyaki pengedar dadah yang cuba melarikan diri dengan terjun ke dalam sungai tersebut bagi mengelak ditahan polis. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan