Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Diketuai Badan Narkotik Nasional Indonesia (BNN), Komjen Petrus Reinhard Golose bersama beberapa ketua agensi lain menunjukkan bukti dadah shabu hasil rampasan seberat 402 kilogram daripada beberapa serbuan. Foto: TVS

BNN Indonesia musnahkan lebih setengah tan dadah termasuk 400 kilogram syabu

JAKARTA, 13 Dis: Badan Narkotik Nasional Indonesia (BNN) memusnahkan 402.34 kilogram syabu, 198.05 kilogram ganja dan 105,290 pil ekstasi daripada pelbagai sindiket, termasuk sindiket dadah antarabangsa Malaysia-Indonesia.

Keseluruhan tangkapan membabitkan 12 kes di wilayah Indonesia, bermula dari Sumatera, Banten, Jakarta, Jawa Barat, hingga Sulawesi Selatan dalan tempoh September hingga Disember tahun ini.

Menurut Ketua BNN, Komjen Petrus Reinhard Golose, dadah terbabit mula masuk apabila terdapat permintaan yang tinggi selepas COVID-19.

“Jadi kita lihat ini sudah melepasi COVID-19, permintaan tinggi telah bermula, pengawal sempadan juga telah berkurangan, jadi kita lihat banyak barang telah dihantar dari luar negara, dari Thailand ke Malaysia, kemudian masuk ke Indonesia.” katanya.

Daripada 12 kes itu, lapan daripadanya adalah rangkaian sindiket dadah Malaysia dan Indonesia, seramai 38 suspek berjaya ditahan manakala tiga kes dipercayai diatur dari suspek di Malaysia.

Ketua Badan Narkotik Nasional Indonesia (BNN), Komjen Petrus Reinhard Golose, memasukan dadah berjenis syabu ke dalam insinerator untuk dimusnahkan dengan membakarnya. Foto: TVS

Sekurang-kurangnya BNN dapat menyelamatkan nyawa 2.3 juta orang daripada penyalahgunaan dadah hasil serbuan itu.

Gerakan bersepadu itu dilaksanakan dengan kerjasama beberapa agensi lain yang berkaitan.

BNN berharap orang ramai lebih peka terhadap peraturan yang melarang sekeras-kerasnya penggunaan dan pengedaran barangan terlarang itu. -TVS

Badan Narkotik Nasional Indonesia (BNN) merampas 402.34 kilogram shabu, 198.05 kilogram ganja dan 105,290 barangan ekstasi daripada pelbagai sindiket, termasuk sindiket antarabangsa Malaysia-Indonesia. Foto: TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan