Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Usaha atasi kos sara hidup rakyat diberi penekanan berterusan oleh kerajaan. Foto TVS

Bekalan ikan berkurangan 50 peratus di pasaran

KUCHING, 13 Dis: Bekalan ikan di pasaran berkurangan sebanyak 50 peratus ekoran monsun timur laut yang turut menyebabkan harganya naik dua kali ganda.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, harga ikan sejuk beku yang biasa dibekalkan setiap kali bekalan ikan kurang juga meningkat sehingga RM10 berbanding RM5 sebelum ini.

Menurutnya, bagi mengatasi masalah tersebut LKIM tetap berusaha menyediakan ikan sejuk beku walaupun harganya meningkat sebagai alternatif bagi membantu rakyat.

“Bila musim tengkujuh kapal masih lagi keluar tetapi tidak dapat keluar semua kerana tidak berani, bekalan hanya 30 peratus ke 50 peratus seluruh Malaysia termasuk ikan sejuk beku, ikan air tawar,” katanya kepada media selepas Majlis Penyerahan Bantuan enjin sangkut LKIM di Matang, Taiping hari ini.

Katanya, LKIM juga dalam usaha menyiapkan bilik sejuk beku bagi menyimpan stok ikan untuk bekalan musim ikan kurang.

Selain itu, sejumlah RM7 juta juga akan diperuntukkan bagi membeli 1,000 metrik tan ikan sejuk beku untuk tujuan simpanan.

Monsun Timur Laut yang melanda sejak beberapa minggu lalu menyebabkan kebanyakan nelayan bot kecil dan bot pesisir pantai tidak boleh turun ke laut.

Keadaan tersebut menyebabkan bekalan ikan kurang dan harga naik dua kali ganda sejak beberapa hari lalu.

Di beberapa negeri, harga ikan kembung yang dijual di pasar awam naik sehingga RM15 hingga RM17 sekilogram berbanding RM10 hingga RM12 sebelum ini.

Harga ikan lain yang naik mendadak ialah ikan selayang yang sebelum ini dijual dengan harga RM10 sekilogram kini dijual RM20 manakala ikan kerisi dijual pada harga RM14 berbanding RM10 sebelum ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan