Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Barisan Timbalan Menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan merakam kenangan usai istidat mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

Timbalan Menteri Sarawak diharap laksana dasar demi rakyat

ByNazirah Adlina

KUCHING, 11 Dis: Pelantikan enam Timbalan Menteri dari Sarawak diharap akan memberi manfaat dan mampu melaksanakan dasar demi kebaikan rakyat.

Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Profesor Dr Neilson Ilan Mersat, berkata pelantikan timbalan menteri mahupun menteri dari Sarawak dalam kerajaan perpaduan adalah relevan kerana sarawak masih lagi memerlukan pembangunan.

Timbalan Menteri Sarawak diharap laksana dasar demi rakyat

“Sekiranya kita perhatikan, kesemua kementerian yang diduduki oleh wakil daripada Sarawak sebagai Menteri ataupun Timbalan Menteri adalah amat relevan memandangkan negeri kita masih lagi memerlukan lebih banyak pembangunan dalam aspek yang berbagai.

“Jadi kesemua kementerian itu adalah sangat relevan dan kita mengharapkan kementerian-kementerian tersebut boleh melaksanakan ataupun menjalankan dasar-dasar untuk kebaikan rakyat, khasnya mereka yang berada di Sarawak,” katanya ketika dihubungi TVS bagi mengulas mengenai pelantikan enam Timbalan Menteri dari Sarawak.

Beliau turut menyatakan pelantikan tersebut dapat menjadikan Sarawak sebagai sebuah negeri contoh bagi perpaduan kaum.

“Selain itu kita juga mengharapkan Sarawak akan dijadikan  sebagai contoh kepada perpaduan di Malaysia ini dan secara kebetulan Menteri Perpaduan adalah orang Sarawak sendiri dan saya yakin model ataupun cara kita bekerja, cara kita berinteraksi antara kumpulan yang pelbagai di Sarawak ini boleh diketengahkan supaya menjadi contoh bagi negeri yang lain,” ujar Nielson lagi.

Dalam pada itu, beliau turut berharap pelantikan wakil-wakil dari Sarawak dapat membantu menyelesaikan perkara yang tertunggak berhubung Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dengan segera.

Sebelum ini Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, memberi tugasan kepada Timbalan Perdana Menterinya, Dato Sri Fadillah Yusof, untuk menunjukkan kemajuan dalam usaha menyelesaikan perkara tertunggak berhubung MA63 dalam tempoh sebulan supaya ia tidak terus berlarutan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan