Gol tunggal perlawanan dijaringkan pemain En-Nesyri pada minit ke-26.
Portugal yang ketinggalan cuba bangkit dengan mengasak pasukan lawan namun beberapa percubaan berjaya diselamatkan penjaga gol Maghribi.
Maghribi kemudian terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Walid Cheddira yang dimasukkan pada minit ke-65 dilayangkan kad merah tiga minit kemudian selepas menerima kad kuning kedua.
Pada minit ke-97 tandukan pemain pertahanan Pepe gagal membuahkah hasil dan kedudukan kekal 1-0 sehingga wisel penamat.
Perlawanan itu juga menyaksikan bintang sensasi Cristiano Ronaldo beraksi untuk perlawanannya di pentas antarabangsa yang ke-196 menyamai rekod Bader Al-Mutawa dari Kuwait.
Pemain itu yang pada awalnya duduk di kerusi simpanan, sebelum dimasukkan pada minit ke-51 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Al Thumama. -TVS