Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dekat di hati Rubiah Wang

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 11 Dis: Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang menyifatkan pelantikannya di dalam kementerian itu amat tepat memandangkan beliau juga lahir di kawasan perkampungan dan desa.

Rubiah mengakui impian dan hasratnya selama bergelar wakil rakyat adalah ingin mengangkat pembangunan yang sekata antara bandar dan luar bandar.

Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah dekat di hati Rubiah

“Tanggungjawab yang diberikan sebagai Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah bagi saya merupakan satu tanggungjawab yang amat besar dan bermakna apatah lagi sebagai seorang yang lahir daripada kawasan perkampungan.

“Apapun, Kota Samarahan tetap menjadi keutamaan saya dan dengan ruang yang ada saya sedaya upaya untuk membawa lebih banyak peluang khususnya pembangunan menerusi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah,” kata Rubiah menerusi satu kenyataan.

Dengan itu, Rubiah juga beriltizam untuk memastikan tanggungjawab yang diberikan itu akan memotivasikan semua pihak untuk memberikan khidmat yang terbaik kepada masyarakat di seluruh negara terutamanya di luar bandar di Sarawak serta Kota Samarahan.

Dalam pada itu, beliau menzahirkan sembah takzim kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah atas perkenan baginda melantiknya sebagai Timbalan Menteri Persekutuan.

Pada masa sama, Rubiah turut menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg selaku Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang telah memberikan kepercayaan kepada dirinya untuk menggalas tanggungjawab itu.

Pada Sabtu seramai enam Ahli Parlimen daripada GPS selesai mengangkat sumpah sebagai Timbalan Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah pada Istiadat Upacara Angkat Sumpah Timbalan Menteri di Istana Negara.

Enam Timbalan Menteri dari Sarawak itu merupakan antara 27 Timbalan Menteri yang lain dalam kerajaan perpaduan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan