KUCHING, 11 Dis: Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menamatkan zaman dudanya selepas mengikat tali perkahwinan bersama suri hatinya, Datin Seri Fauziah Mohd Sanusi.
Majlis persandingan mereka yang diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di ibu negara malam tadi turut dihadiri Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang
Ini merupakan perkahwinan kedua Wan Junaidi selepas kematian isterinya, Datin Sri Feona Sim @ Norjanah pada 27 Mei lalu.
Pada perkahwinan terdahulu, Wan Junaidi dikurniakan dengan tiga cahaya mata perempuan.– TVS