Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof menyantuni Pemuda N6 Tupong menyaksikan perlawanan Piala Dunia di Taman Sri Wangi. Foto: Facebook Fadillah Yusof.

Sejarah dilakar GPS hasil kerjasama semua – Fadillah

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 10 Dis: Kejayaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) memenangi 23 daripada 31 kerusi yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu adalah hasil kerjasama semua pihak yang memberi sokongan padu terhadap kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof sejarah yang dilakar itu juga telah membolehkan pemimpin GPS mendapat tempat terpenting dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ini bukan kemenangan saya seorang tetapi kemenangan kita semua. Benar kata Premier Sarawak, bila kita stabil dan cemerlang orang luar (parti dari Semenanjung Malaysia) berminat nak melamar kita.

“Bila kita bercakap GPS mewujudkan kestabilan politik, itulah yang berlaku ketika ini dan kalau kita tidak menentukan maka kerajaan masih belum terbentuk lagi,” kata Fadillah.

Fadillah berkata demikian ketika berucap pada Majlis Bersama Pemuda N6 Tupong menyaksikan perlawanan Piala Dunia di sini, lewat malam tadi.

Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya berkata, dengan adanya kedudukan penting pemimpin Sarawak dalam Kerajaan Perpaduan itu, ia membolehkan Sarawak menuntut lebih banyak lagi kepentingan yang masih terhakis lebih-lebih lagi berhubung Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan