Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mayat remaja lelaki yang dikhuatiri lemas di Kuala Nyalau petang semalam ditemukan seorang nelayan tersangkut di celah batu. Foto: BBP Samalaju.

Mayat remaja lelaki lemas di Kuala Nyalau ditemukan tersangkut di celah batu

BINTULU, 10 Dis: Mayat remaja lelaki yang dikhuatiri lemas di Kuala Nyalau di sini, petang semalam, ditemukan seorang nelayan tersangkut di celah batu tidak jauh dari lokasi kejadian pagi ini.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Rian, berusia 17 tahun merupakan seorang warganegara Filipina.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Samalaju, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Hashim Norshidi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat berkenaan pada jam 6.45 pagi.

“Pihak kami telah dimaklumkan oleh orang awam bahawa mayat mangsa telah ditemukan tersangkut di celah batu kira-kira 300 meter dari lokasi mangsa dilaporkan lemas,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Susulan penemuan mayat itu, katanya, pasukan BBP Samalaju telah dikerahkan ke lokasi kejadian untuk membantu mengeluarkan mangsa dari pantai berkenaan.

“Setiba di tempat kejadian, mayat mangsa didapati berada dalam keadaan tidak berbaju dan berseluar pendek masih sempurna, mayat mangsa telah dibawa ke pantai dan ditutup dengan kain oleh oramg awam,” ujarnya.

Hashim berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Susulan penemuan mayat itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.30 pagi tadi.

Dalam kejadian petang semalam, mangsa bersama tiga lagi rakannya sedang mandi-manda di tempat kejadian, kegembiraan mereka bertukar cemas selepas mangsa hilang dibawa arus deras sekitar jam 5 petang.

Seorang lagi rakannya berusia 18 tahun berjaya diselamatkan oleh orang awam.

Hashim memberitahu operasi SAR yang dijalankan berhampiran lokasi kejadian terpaksa ditangguhkan selepas tiada petunjuk mangsa dijumpai sehingga jam 6.30 petang semalam.

Berdasarkan laporan polis, tiga daripada mereka yang selamat termasuk seorang warganegara Indonesia dan dua orang tempatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan