Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Angkatan Pertahanan Awam Sarikei bekerjasama dalam menjalankan operasi pemantauan secara berperingkat di lokasi berisiko bencana di Daerah Sarikei. Foto: TVS

APM Sarikei gerak pemantauan bencana secara berperingkat

SARIKEI, 10 Dis: Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sarikei mengaktifkan operasi pemantauan secara berperingkat-peringkat sebagai strategi penting untuk meningkatkan tahap keselamatan di lokasi berisiko bencana di daerah Sarikei.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sarikei, Leftenan Pertahanan Awam, Shahrol Azizi Zaidi berkata, langkah itu dilaksanakan lebih awal bermula 20 September lalu dengan melibatkan penyertaan seluruh anggota sukarela agensi berkenaan.

Pada masa yang sama beliau berkata, APM juga akan terus memberi tumpuan kepada semua kawasan ‘hotspot’ yang dijangka berlaku bencana.

“Kita sebenarnya bermula lebih awal lagi sejak bulan September yang lalu sebelum mengerakkan anggota-anggota APM untuk membantu menjalankan pemantauan lokasi berisiko bencana awal Oktober yang lalu. Bermula November 2022, anggota-anggota di APM Julau pula diaktifkan untuk menjalankan tugasan pemantauan tersebut.

“Sekarang, anggota-anggota di Meradong pula digerakkan untuk pemantauan di daerah yang berkenaan. Operasi ini dilakukan secara berperingkat untuk memastikan perjalanan tugasan pemantauan lokasi berisiko dapat dilakukan dengan lebih komprehensif dan berkesan,” katanya ketika dihubungi TVS selepas menerima kunjungan Pengarah APM Sarawak, Penolong Pesuruhjaya Pertahanan Awam, Abdul Wahab Rahim di Sarikei semalam.

Beliau menjelaskan sebagai langkah susulan, APM Sarikei terus menyelia dan memastikan tugasan pemantauan yang telah dijalankan dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebarang kekurangan dapat ditambah nilai melalui tindakan yang lebih tersusun agar mudah difahami oleh semua anggota yang bertugas di lapangan.

“Alhamdulillah, terima kasih atas kehadiran Tuan Pengarah APM Sarawak yang sempat singgah di Sarikei semalam. Dalam lawatan itu, beliau meninjau bilik gerakan operasi bencana Monsun Timur Laut di Sarikei dan Meradong. Bilik gerakan operasi Monsun Timur Laut di Meradong yang berjaya dibuka selepas perbincangan dengan Pejabat Daerah Meradong.

“Beliau juga sempat beramah mesra dengan pengasas APM Sarikei yang juga sahabat lama beliau dalam pembukaan dan penubuhan di Sarikei pada tahun 2003 yang lalu. Walaupun dalam masa yang singkat, kunjungan Tuan Pengarah menyuntik semangat kami untuk terus berkhidmat dan menabur bakti kepada masyarakat di Sarikei khususnya di Sarawak,” katanya lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan