Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang wanita gelandangan Ani Mail, 55, dari Daerah Song yang ditempatkan di Tempat Transit Gelandangan (TTG) Sibu. Foto: Dayang Azrina.

Ahli keluarga dicari, bantu gelandangan Ani Mail mohon kad pengenalan baharu

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 10 Dis: Ahli keluarga individu gelandangan, Ani Mail digesa tampil ke Tempat Transit Gelandangan (TTG) Sibu, dengan maklumat penting yang membolehkannya memohon kad pengenalan baharu.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK), Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, dengan bantuan ahli keluarga, proses permohonan Ani yang kehilangan kad pengenalan akan dipermudahkan.

“Ani mempunyai lapan adik-beradik, dua sudah meninggal dunia dan enam hidup berselerak di seluruh negeri serta di Kuala Lumpur. Adik beradik terdekatnya ialah Robert Kennedy Mail yang tinggal di Rumah Randang, Jalan Bintulu-Miri.

“Kalau boleh jumpa ketua masyarakat dari Rumah Randang barulah boleh jumpa abang dia. Jika abangnya mempunyai kad pengenalan maka ini akan membantu proses permohonan kad pengenalan baharu Ani,” katanya selepas selesai mengadakan lawatannya ke TTG Sibu, semalam.

Baca artikel berkaitan > > > Dahulu gelandangan, kini usahawan kraf tangan

ADUN Dalat itu juga berkata, beliau telah menghubungi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sarawak berhubung perkara itu dan mereka akan membantu proses permohonan.

Sementara itu, mengenai TTG, Fatimah memuji dan merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan, badan bukan kerajaan (NGO), dan masyarakat atas bantuan mereka dalam memastikan pusat itu dapat beroperasi dengan baik.

“TTG merupakan inisiatif Kerajaan Negeri untuk menangani isu individu gelandangan di seluruh negeri. Bagi Sibu, mereka (pihak pengurusan) telah menjalankan tugas dengan baik dalam TTG.

“Pada masa ini kita mempunyai seramai 16 gelandangan yang tinggal di pusat berkenaan (11 lelaki dan lima wanita). Ramai daripada mereka telah berpindah kerana mereka mempunyai pekerjaan dan boleh berdikari.

“Inilah tujuan pembinaan TTG. Ia hanya tempat sementara untuk mereka tinggal dan mendapat latihan supaya mereka boleh mempunyai peluang kedua untuk membina kehidupan mereka,” katanya.

Fatimah berkata, TTG telah membuktikan nilainya serta mewujudkan kesedaran dan membantu mengubah pandangan masyarakat terhadap gelandangan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan