Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bank Negara Malaysia. Foto: Bernama.

Kadar jangka pendek diunjur stabil susulan operasi BNM

KUALA LUMPUR, 9 Dis: Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM45.47 bilion dalam sistem konvensional manakala dana Islam bernilai RM42.77 bilion.

Pada hari ini, bank pusat itu akan melaksanakan dua tender pasaran wang konvensional bernilai RM1 bilion iaitu masing-masing selama tujuh hari dan 14 hari selain tender repo berbalik bernilai RM1.2 bilion selama 182 hari.

BNM akan turut menawarkan tiga tender Qard yang merangkumi tender RM1.3 bilion selama tujuh hari, tender RM1.8 bilion selama 14 hari dan tender RM700 juta selama 21 hari.

Bank pusat itu turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual beli semula dan kemudahan Komoditi Murabahah Bercagar selama satu hingga tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan mengendalikan tender semalaman konvensional sehingga RM43.7 bilion dan tender semalaman Murabahah bernilai RM38 bilion. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan