Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kraf tangan asli Sarawak. Foto: TVS

Jualan kraf tangan Sarawak raih RM17 juta, melebihi sasaran 2022

KUCHING, 9 Dis: Jualan industri kraf tangan asli Sarawak telah meraih RM17 juta setakat Oktober tahun ini, melebihi sasaran RM15.7 juta.

Pengurus Majlis Kraf Sarawak (SCC), Diweng Bakir berkata, bilangan penggiat seni kraf turut meningkat kepada 1,143 orang berbanding 687 orang pada tahun lepas dengan pembabitan wanita melebihi 80 peratus.

Menurutnya, industri tekstil menjadi penyumbang terbesar diikuti dengan produk yang diperbuat daripada bahan semula jadi seperti rotan, bemban, buluh, kayu dan lain-lain.

Diweng menyatakan pelbagai program khidmat masyarakat telah dilaksanakan bagi meningkatkan penyertaan dalam industri itu.

“Terdapat rancangan untuk program dan aktiviti pada masa akan datang untuk melibatkan kumpulan sasaran tertentu termasuk belia dan kanak-kanak.

Ini termasuk melaksanakan aktiviti interaktif, program kesedaran dan jangkauan, pertandingan dan lawatan sambil belajar ke galeri kraftangan,” katanya ketika ditemui TVS pada Selasa.

Pada masa yang sama, pelbagai keluaran produk kontemporari telah meningkat menjelang tahun seperti corak motif dan reka bentuk asas tradisional.

“Motif ‘pua kumbu’ merupakan contoh popular yang digunakan dalam pelbagai produk seperti beg, selendang dan sebagainya.

“Selain itu, tikar rotan tradisional juga mempunyai rangkaian produk tersendiri di pasaran. Ini termasuk beg, alas meja dan lain-lain,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan