Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub. Foto Bernama

Isu bekalan telur, minyak masak bersubsidi: Salahuddin bermesyuarat dengan MAFI hari ini

ByBernama

PUTRAJAYA, 9 Dis: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub akan mengadakan mesyuarat dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFI) hari ini bagi membincangkan isu bekalan telur dan minyak masak paket bersubsidi di pasaran.

Salahuddin, yang melakukan lawatan mengejut ke kedai runcit dan pasar awam di sini, berkata beliau mendapati wujud kekurangan bekalan telur gred A, B dan C serta minyak masak bersubsidi polibeg satu kilogram di pasaran.

Beliau tergerak hati untuk singgah di premis terbabit tanpa diiringi pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) semasa dalam perjalanan ke pejabatnya di sini pagi semalam.

“Saya sengaja tidak beritahu pengurusan kementerian dan bahagian penguat kuasa KPDN kerana tidak mahu jadi seperti acara keraian. Saya hanya ditemani pemandu dan pegawai pengiring saya yang bertindak sebagai jurukamera dan juruvideo yang sangat amatur. Saya mohon maaf jika kualiti video dan suntingannya tidak memuaskan,” menurutnya dalam kenyataan pada Khamis.

Salahuddin juga berkata beliau akan mengarahkan bahagian penguat kuasa KPDN untuk menyelesaikan masalah berkaitan minyak masak bersubsidi polibeg satu kilogram.

Katanya beliau akan bertindak setelah dapatan yang jelas menunjukkan terdapat kekurangan bekalan telur dan minyak masak bersubsidi di pasaran runcit. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan