Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rombongan mengabadikan kenangan di air terjun yang mereka kunjungi dalam siri penjelajahan Pasukan Petugas Pelancongan Sarikei, baru-baru ini. Foto: TVS

Syurga alam di pedalaman Sarikei

SARIKEI, 8 Dis: Terpencil dan terletak jauh di pedalaman namun memiliki aura tarikannya yang tersendiri. Itulah keistimewaan dan keajaiban Wong Kandis, Wong Niling dan Wong Bajuh yang dikunjungi Pasukan Petugas Pelancongan Daerah Sarikei dalam siri penjelajahan khas mereka baru-baru ini.

Pasukan Petugas Pelancongan Bahagian Sarikei, Felicia Tan Ya Hua berkata perkara yang lebih menarik, keindahan alam semula jadi yang belum terusik itu membolehkan pengunjung menikmati pemandangan panorama yang cukup menakjubkan.

“Wong Kandis mempunyai air yang begitu bersih, jernih dan kawasannya memang cantik. Kami juga pergi ke kawasan Ulu Entaih iaitu Rumah John di Bajoh, dari rumah panjang kami berjalan kaki lebih kurang 15 minit menuju ke Wong Niling yang cantik dengan batu-batu yang besar.

“Ada juga orang tempatan memberitahu kami, ada satu lubang nabau dikenali sebagai ular yang besar, di sana apabila kita berjalan sedikit lagi, kita akan berjumpa air terjun dikenali sebagai air terjun Bajoh yang mempunyai air terjun dua tingkat yang begitu cantik,” katanya demikian ketika ditemui TVS pada Rabu.

Pada masa yang sama beliau berkata pasukan itu juga berpeluang menerokai sebuah gua terletak tidak jauh dari air terjun Bajoh.

Walaupun bersaiz kecil katanya, lokasi menarik yang belum diterokai sepenuhnya itu juga mempunyai potensi yang sangat besar sebagai tarikan kepada pelancong.

“Kita juga ada pergi sebuah gua kecil tetapi ia cantik yang boleh diterokai pada masa akan datang dan ia boleh menarik pelancong atau pengunjung ke kawasan tersebut.

“Kalau kita pergi ke Wong Niling, di sana terdapat batu-batu lama yang besar yang menyerupai batang kayu balak dan kolam kecil menyerupai lubang seperti kura-kura. Jadi, bagi saya kawasan itu agak mistik kerana suasana yang berlainan di sana,” katanya.

Kewujudan lokasi itu membuktikan Sarikei sebenarnya memiliki banyak tempat menarik yang sebahagian besarnya berlatarkan pemandangan alam semula jadi yang indah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan