Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pameran HOMElove Home & Living di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK).

Rebut peluang beli kelengkapan rumah di pameran HOMElove

ByElani Rosllan

KUCHING, 8 Dis: Pelbagai keperluan kelengkapan rumah termasuk jualan perabot, hiasan dan peralatan rumah dari lebih 200 jenama ditawarkan pada harga yang lebih murah pada pameran rumah dan gaya hidup ‘HOMELove’.

Ia diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, bermula hari ini (8 Disember) sehingga 11 Disember 2022.

Menurut Pengurus Pemasaran HOMELove, Janice Yam, peralatan dapur asas atau lebih canggih dan moden, kelengkapan almari pakaian, jubin dan penapis air juga antara yang boleh didapati di sini.

“HOMELove pasti menjadi destinasi terbaik untuk pemilik dan pereka rumah untuk  mentransformasikan kediaman impian mereka.

“Selain itu, pameran ini turut menawarkan ganjaran berganda berbentuk hadiah percuma dan baucar tunai dan ia adalah terhad, first come, first serve basis,”  katanya.

Sementara itu, pameran HOMELove ini juga menyediakan perkhidmatan konsultasi percuma bagi pengunjung.

“Kami turut menyediakan ‘welcome gift’ atau beg cenderahati kepada sesiapa yang datang, tanpa sebarang pembelian.

“Seorang pemenang bertuah yang mendaftar akan berpeluang membawa pulang sebuah ST10 Robam Steam Oven dan sebuah hamper BLACKBIXON Coffee apabila mereka menyertai ‘Tag, Share, Win’,” tambahnya.

Para pemenang akan diumumkan pada hari terakhir pameran kelak.

Pameran HOMELove dibuka bermula pukul 10 pagi hingga 9 malam di BCCK. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan