Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan melawat galeri pameran semasa merasmikan Juma'ani Pavillion di Kuching pada Rabu malam. Turut kelihatan, isteri Premier Sarawak Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang dan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Foto Zaim Zharfan (TVS).

Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Juma’ani Pavilion

KUCHING, 8 Dis: Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Juma’ani Pavilion di sini pada Rabu malam.

Keberangkatan tiba Tunku Azizah pada 8.14 malam disambut oleh isteri Premier Sarawak Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang dan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas serta Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Juma’ani Pavilion merupakan hab fesyen yang memasarkan produk warisan tempatan dihasilkan oleh anak Sarawak dalam mempromosi kesenian dan kebudayaan.

Ia juga berperanan sebagai pusat latihan bagi pereka muda tempatan yang berbakat dalam bidang fesyen dan tekstil.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Uggah berkata melalui Juma’ani Pavilion, industri fesyen di Bumi Kenyalang secara tidak langsung sudah bersedia menempatkan diri di pasaran nasional dan global.

“Apa yang menarik minat patik, tempat ini dilengkapi dengan pelbagai teknologi seperti pengimbas badan 3D yang mampu mengukur badan seseorang tanpa perlu menggunakan pita ukur lagi.

“Selain itu, di sini juga terdapat mesin membuat kasut dan produk berkaitan dengan kulit. Jadi, sesiapa yang ingin menempah kasut selepas ini tidak perlu pergi jauh,” katanya.

Beliau berkata Juma’ani Pavilion turut menempatkan sebuah makmal untuk kegunaan pelatih dan pereka tempatan bagi merancang, mencipta, mereka bentuk dan melakar rekaan yang bakal dihasilkan.

“Dengan segala kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan di hab fesyen ini, ia dijangka mampu memberi manfaat kepada ramai usahawan fesyen dan tekstil, memartabatkan seni warisan ke persada dunia melalui pengeluaran produk berskala besar, penjenamaan, pembungkusan dan pemasaran yang efektif,” katanya.

Tunku Azizah, yang juga Penaung Pusat Pengeluaran Songket Kontemporari Yayasan Tuanku Nur Zahirah, meluangkan masa kira-kira sejam untuk melihat sendiri koleksi seperti pakaian moden dengan sentuhan tradisi Sarawak, beg tangan serta kasut yang dihasilkan pereka tempatan dan dipasarkan di Juma’ani Pavilion. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan