Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Setiausaha KPDN, Datuk Azman Mohd Yusof. Foto Bernama.

KPDNHEP kini dikenali Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup

ByBernama

PUTRAJAYA, 8 Dis: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kini dikenali sebagai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berkuat kuasa 3 Dis lepas, kata Ketua Setiausahanya Datuk Azman Mohd Yusof.

Azman berkata pemilihan singkatan nama kementerian kepada KPDN, yang telah dipersetujui Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub, adalah bertepatan dengan peranan utama kementerian itu yang bertanggungjawab dalam mengharmonikan ekonomi negara.

“Di antara fungsi utama kementerian ini juga adalah sebagai peneraju dalam mengawal selia pembangunan ekosistem perdagangan domestik ke arah yang mampan, berdaya maju serta berdaya saing.

“Dalam hubungan ini, ekosistem perdagangan dalam negeri yang mampan akan menyumbang kepada peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia dan secara langsung akan memastikan kesejahteraan para pengguna di negara kita terutamanya dalam menangani agenda peningkatan kos sara hidup,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azman dalam pada itu berkata Visi, Misi dan Fungsi Kementerian adalah dikekalkan dan tiada sebarang pindaan.

“Ini adalah kerana Visi, Misi dan Fungsi Kementerian yang sedia ada adalah selaras dengan fokus utama kerajaan pada masa kini yang melibatkan agenda merancakkan ekonomi negara dan menstabilkan kos sara hidup,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan